Wednesday, July 30, 2025

Sejarah Tahun 4 : Zaman Air Batu

Kenali Zaman Air Batu

  • Zaman Air Batu ialah zaman bumi dilitupi ais tebal disebabkan penurunan suhu.
  • Proses pengglasieran berlaku apabila suhu meningkat dan ais mencair ke permukaan bumi.
  • Paras air laut meningkat kerana pencairan bongkah ais.
  • Zaman Air Batu berlaku lima kali dalam sejarah dunia.
  • Kala Kuarterner bermula 2.5 juta tahun dahulu dan mengandungi dua epok:
    • Epok Pleistosen
    • Epok Holosen

Ciri-ciri Dua Epok

Epok Pleistosen

Epok Holosen

Suhu bumi rendah

Suhu bumi meningkat

Banyak kawasan dilitupi ais

Ais mula mencair

Manusia mula tahu buat api

Paras air laut meningkat

Tanah dataran menjadi lebih luas



Garis Masa Zaman Air Batu Akhir

  • Epok Pleistosen: 2.5 juta – 11,700 tahun dahulu
  • Epok Holosen: 11,700 tahun dahulu – kini
  • Haiwan pada Epok Pleistosen termasuk mamot dan harimau bertaring panjang.

Perubahan Zaman Air Batu Akhir

Perubahan Bentuk Muka Bumi

  • Suhu meningkat, ais mencair, terbentuk tasik dan laut.

Perubahan Fizikal Bumi

  • Paras air laut naik hingga 100 meter.

Perubahan Iklim

  • Iklim berubah daripada sangat sejuk kepada sederhana sejuk.

Kesan Zaman Air Batu Akhir

Kesan

Keterangan

Bentuk Fizikal Baharu

Terbentuk tasik air tawar dan perubahan aliran sungai.

Kepupusan Haiwan

Haiwan seperti mamot dan harimau bertaring pupus akibat perubahan suhu.

Petempatan Manusia

Manusia berpindah ke tempat panas dan membina petempatan baru.


Kesan Perubahan di Asia Tenggara

Pentas Sunda

  • Kawasan tanah luas yang menghubungkan daratan dan kepulauan.
  • Paras laut naik menyebabkan kawasan rendah ditenggelami air.

Kesan Kenaikan Paras Laut

  • Ais mencair → paras laut naik.
  • Terbentuk sungai dan tasik.
  • Kawasan rendah sepanjang pantai ditenggelami air.
  • Petempatan baharu terbentuk di Asia Tenggara.

Pergerakan Manusia dan Haiwan

  • Manusia berpindah ke kawasan tinggi.
  • Manusia mula menetap.
  • Asia Tenggara menjadi tempat tinggal manusia dan haiwan.

 

No comments :