Wednesday, May 4, 2016

Terangkan maksud baris dalam pantun - Tahun 2




TERANGKAN MAKSUD BARIS ( 3 MARKAH )

Jika begini setiap hari,
Berlaku banjir musnahlah alam.

Contoh Jawapan
1. Hujan setiap hari akan menyebabkan banjir seterusnya mengakibatkan kerosakan di bumi ini.
2. Banjir berlaku kerana hujan setiap hari.
3. Hujan yang berterusan boleh merosakkan alam.


Jika hujan tidak menimpa bumi,
Alamat kemarau datang menjelma.

Contoh Jawapan
1. Kemarau berlaku jika tiada hujan.
2. Kemarau akan terjadi apabila hujan tidak turun.


Pokok ditebang sesuka hati,
Runtuh tanah mengundang padah.

Contoh Jawapan
1. Tebang pokok punca tanah runtuh.
2. Aktiviti tebang pokok sewenang-wenangnya boleh mengakibatkan tanah runtuh.
3. Tanah boleh runtuh dengan tebang pokok sesuka hati.


Panduan
1. Jawapan murid perlu menggunakan ayat penyata.
2. Jawapan murid yang hampir tepat boleh dipertimbangkan oleh guru.
3. Aspek ejaan, huruf besar dan tanda baca tidak perlu tolak markah.

*Ini adalah pandangan penulis semata-mata. Sebarang teguran amat dihargai.

No comments :