Tugasan Minggu 31
Standard Pembelajaran |
|
||
13.1 |
- |
Memberi contoh bersikap sederhana dalam keluarga. |
|
Definisi kamus dewan :
Tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang : badannya sedang tidak tinggi dan tidak rendah.
Tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yang mudah; dia menjelaskannya dengan kata-kata yang mudah menyederhanakan, menjadikan sederhana, sedang atau mudah atau pertengaha.
Definisi nilai
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
1. Kita haruslah bersikap sederhana dalam perbuatan dan pertuturan.
2. Kita hendaklah berjimat cermat kerana jimat cermat adalah amalan yang mulia.
3. Sikap bersederhana dapat mengelakkan pembaziran dan dapat menjimatkan wang.
Contoh sikap sederhana dalam keluarga
1. Merancang perbelanjaan.
2. Tidak boros dalam berbelanja.
3. Menabung untuk masa hadapan.
4. Makan makanan yang sihat dan seimbang.
5. Menutup suis elektrik selepas digunakan.
6. Menutup paip air.
7. Mengurangkan pembuangan sampah.
No comments :
Post a Comment