Wednesday, October 6, 2021

SEJARAH TAHUN 4 | UNIT 10 | TUN PERAK BENDAHARA TERBILANG – BAHAGIAN 3

Standard Pembelajaran

K5.3.4 - Menggambarkan cara menyatakan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Tun Perak.

K5.3.5 – Menjelaskan nilai kepimpinan Tun Perak yang boleh dicontohi.

K5.3.6 – Menghuraikan kepentingan nilai taat setia kepada pemimpin.

 

Tugasan-Sejarah-Minggu-33

Cara Menggambarkan Penghargaan

1. Mengadakan tayangan video berkaitan dengan Tun Perak.

2. Mengadakan pertandingan buku skrap berkaitan dengan Tun Perak.

3. Mengadakan pertandingan menulis esei berkaitan dengan Tun Perak.

4. Menamakan blok atau bangunan sekolah dengan nama Tun Perak.

5. Mengadakan pertandingan bercerita berkaitan dengan Tun Perak.

 

Sifat kepimpinan Tun Perak

1. Bijaksana

2. Taat setia

3. Bermuafakat

4. Berpandangan jauh

5. Bekerjasama

6. Bertanggungjawab

 

Kebaikan sikap taat setia oleh Tun Perak kepada Sultan Melaka

1. Menjamin kedaulatan dan kestabilan negeri.

2. Memajukan ekonomi negara.

3. Mewujudkan kemakmuran diri dan kesejahteraan keluarga.

4. Meraih kepercayaan daripada sultan.

5. Melahirkan masyarakat yang cemerlang.

 

Jawapan m/s 83

1. Berwibawa

2. Amanah

3. Bertanggungjawab

4. Berpandangan jauh

5. Bijaksana

6. Sederhana atau rendah hati

 

Jawapan m/s 84

1A. Aru

1B. Rokan

1C. Siak

1D. Kampar

1E. Inderagiri

1F. Jambi

2B. Kemajuan ekonomi Melaka sebagai pusat perdagangan.

2C. Hubungan yang baik dengan kerajaan atau negeri lain.

2D. Kekuatan ketenteraan dan taktik ketenteraan yang berkesan.

2E. Sokongan padu rakyat terhadap Sultan dan pembesar.

2F. Kejayaan usaha penyebaran agama Islam.

 

Jawapan m/s 85

1A. Tun Perak tidak membalas dendam terhadap tindakan raja Muhammad iaitu Putera Sultan Mansur Shah yang telah membunuh anaknya, Tun besar.

1B. Tun Perak tidak membantah tindakan Sultan Muzaffar Syah yang menceraikan kakaknya, Tun kudu untuk dikahwinkan dengan bendahara Tun Ali.

 

2A. Mengelakkan perpecahan dalam kalangan pembesar atau pengikut.

2B. Mengekalkan perpaduan rakyat Melaka.

2C. Mengukuhkan kuasa dan pengaruh Sultan Melaka.

2D. Mengekalkan kedaulatan dan keamanan kesultanan Melayu Melaka.

2E. Memelihara kekuatan politik dan ekonomi kesultanan Melayu Melaka.

2F. Mengekalkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat Melaka.

 

Jawapan m/s 86

1Ai. Menasihati sultan dalam hal-hal pentadbiran.

1Aii. Membantu Sultan menggubal dasar kerajaan.

 

1Bi. Mematahkan serangan Siam

1Bii. Menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.

 

1C. Mencadangkan calon pengganti sultan yang sesuai.

 

1Di. Menyediakan kemudahan gudang dan rumah tumpangan untuk pedagang.

1Dii. Menyediakan penempatan untuk pedagang asing.

1Diii. Melantik kapitan untuk menjaga kebajikan pedagang asing.

 

1Ei. Tidak membalas dendam terhadap tindakan Putera Sultan Mansor Shah yang membunuh anaknya.

1Eii. Tidak membantah tindakan Sultan Muzaffar Syah yang menceraikan kakaknya untuk dikahwinkan dengan bendahara Tun Ali.

 

2A. Melaksanakan semua tugas yang dipertanggungjawab dengan adil, jujur dan amanah.

2B. Menggubal dasar kerajaan yang dapat memanfaatkan rakyat dan negara.

No comments :