Wednesday, October 13, 2021

SEJARAH TAHUN 4 | UNIT 11 | HANG TUAH LAKSAMANA TERBILANG – BAHAGIAN 1


TUGASAN
Tugasan-Sejarah-Tahun-4-Minggu-33

Standard Pembelajaran

5.4.1 - Menyatakan riwayat hidup Hang Tuah

 

Buku teks m/s 156 dan 157

 

RIWAYAT HIDUP HANG TUAH

 

1. Hang Tuah berasal dari kampung sungai duyung. Lahir kira-kira dalam tahun 1444. Bapanya bernama hang Mahmud dan ibunya bernama dang merdu wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana.

 

2. Beliau mempunyai 4 orang sahabat karib iaitu Hang Jebat Hang kasturi Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka menuntut ilmu bergurukan Adiputra di Gunung Ledang.

 

3. Hang Tuah merupakan seorang yang berani dan. Beliau pernah menyelamatkan bendahara dalam peristiwa amuk. Bendahara telah mencadangkan Hang Tuah dilantik sebagai laksamana Melaka. Empat orang sahabatnya pula dilantik sebagai hulubalang Melaka.

 

4. Hang Tuah telah menjalankan tugas sebagai laksamana dengan penuh dedikasi. (Mengabdikan diri atau masa sepenuhnya kepada sesuatu tujuan tertentu) Menjaga keamanan dan keselamatan pelabuhan Melaka daripada ancaman lanun. Hang Tuah pun berupaya mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari . Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh raja Majapahit Suraprabhawa kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.

 

5. Hang Tuah telah berjaya melihat wajah maharaja China yang tidak boleh ditatap oleh sesiapa pun semasa mengetuai rombongan menghantar utusan Melaka ke negara China. Orang-orang Cina di negara Cina pada waktu itu banyak adat dan undang-undang. Antara yang menjadi larangan ialah tidak dibenarkan sesiapa pun memandang wajah maharaja China. Jika sesiapa yang melihat wajah maharaja China maka orang itu akan dipancung. Setiba Hang Tuah dan rombongan sampai ke negara China menteri-menteri dan hulubalang-hulubalang semuanya sujud dalam barisan-barisan tidak berani untuk mendongak ke atas untuk melihat maharaja mereka yang berada di atas pentas. Hang Tuah berkata bahawa beliau hanya makan sayur sahaja iaitu sayur kangkung. Dan sayur-sayuran tu tidak dipotong maharaja China bersetuju akan permintaan itu sebagai menghormati tetamu. Dia ambil kangkung itu didongakkan kepalanya dan dimakan sedikit demi sedikit. Dalam Hang Tuah mendongak kepalanya itu beliau mengambil kesempatan untuk mengintai maharaja itu yang berada di atas kerusi naga nya itu.

 

6. Hang Tuah menggunakan kebijaksanaannya memujuk Tun Teja untuk berkahwin dengan Sultan Melaka. Hang Tuah berjaya membawa Tun Teja ke Melaka.

Tun Teja Ratna Benggala anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang. Tun Teja dikatakan terlalu elok rupa parasnya dan menjadi sebutan orang-orang yang berdagang di Pahang, namun begitu telah pun ditunangkan dengan Sultan Pahang. Khabar kecantikan Tun Teja hingga ke pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang ketika itu telah pun kematian isterinya yang pertama, Tun Kecil.

 

7. Hang Tuah telah difitnah dan dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Melaka. Hang Tuah difitnah telah bermukah dengan dayang istana (melor) . Fitnah itu disebarkan oleh patih kerma Wijaya dan pegawai-pegawai istana yang cemburu dengan Hang Tuah. Bendahara bertindak menyelamatkan Hang Tuah dengan menyembunyikannya.

 

8. Hang Jebat telah mengamuk kerana mahu menuntut bela atas kematian sahabatnya Hang Tuah.

 

9. Sultan menyedari dan menyesali kesilapannya. Bendahara telah memberitahu Sultan bahawa Hang Tuah masih hidup. Sultan menitahkan Hang Tuah untuk mengembalikan keamanan di Melaka.

 

10. Hang Tuah berjaya menumpaskan Hang Jebat. Hang Tuah dilantik semula sebagai laksamana Melaka. Sumbangan beliau telah membawa kepada kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.

 

1 comment :

Anonymous said...

The best casino site – Bonuses, Software and Customer
Choices: The most accurate list of online casinos accepting 카지노사이트 US players ⏩ How to get the best bonus codes. Choose from several promotions to play games septcasino for deccasino