Tuesday, August 25, 2020

Pendidikan Kesihatan Tahun 4 - Pengantunan Seksual Kanak-Kanak

1. Pengantunan seksual kanak-kanak ialah hubungan emosi yang terjalin antara orang dewasa dengan kanak-kanak.

2. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kepercayaan mereka bagi tujuan melakukan perbuatan berunsur seksual ke atas kanak-kanak.

3. Kanak-kanak yang selalu bersendirian atau yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang keluarga kerap menjadi mangsa.

4. Ia boleh dilakukan oleh kenalan keluarga, ahli keluarga atau orang yang tidak dikenali.

 

5. Situasi Pengantunan

a) Mencari peluang bersendirian dengan kamu.

b) Memujuk kamu berjumpa tanpa pengetahuan sesiapa.

c) Menghantar video atau pesanan ringkas yang menyebabkan kamu berasa tidak selesa.

d) Menyentuh bahagian tubuh kamu.

e) Memberikan pelbagai hadiah, layanan istimewa serta pujian kepada kamu.

f) Mendapat maklumat peribadi kamu.

g) Mengajak kamu bermain bersama-sama secara bersendirian.

 

6. Cara mengelakkan pengantunan seksual kanak-kanak dengan berkomunikasi secara berhemah tetapi tegas

a)  “Terima kasih, saya sudah makan.”

b)  “Minta maaf. Saya tidak boleh keluar tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapa saya.”

c)  “Terima kasih, tetapi ibu bapa saya tidak membenarkan saya menerima hadiah tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka”.

d) “Minta maaf. Saya terpaksa pergi sekarang, abang dan kakak saya menunggu di sana.”

No comments :