Wednesday, September 2, 2020

Pendidikan Kesihatan Tahun 5 - Wahai Anak Remaja

Wahai Anak Remaja

 

1.

Remaja ialah golongan dalam lingkungan umur 11 hingga 19 tahun.

Mereka melalui peringkat perkembangan dari kanak-kanak ke dewasa.

 

 

2.

Remaja mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal, sosial dan emosi. Mereka perlu menyesuaikan diri dalam perhubungan dengan rakan dan masyarakat di sekeliling mereka.

 

 

3.

Peranan sebagai remaja dalam masyarakat

 

a)

Mengamalkan pergaulan sihat

 

 

Remaja akan mengamalkan pergaulan sihat dengan rakan sebaya di sekolah. Mereka berkawan dengan murid-murid yang mempunyai sahsiah diri yang baik.

 

b)

Menjaga maruah diri

 

 

Remaja akan menjaga maruah diri dengan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik.

 

c)

Memberi khidmat sosial

 

 

Remaja akan memberikan khidmat sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contoh, remaja menjadi sukarelawan untuk membersihkan rumah orang-orang tua dan rumah anak yatim.

 

d)

Berakhlak mulia

 

 

Remaja sentiasa bertutur dengan sopan dan menjaga tingkah laku dalam pergaulan.

 

e)

Menjaga kesihatan diri

 

 

Remaja sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mengamalkan amalan kebersihan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh pelbagai penyakit.

 

f)

Mematuhi peraturan yang ditetapkan

 

 

Remaja mematuhi peraturan yang ditetapkan sama ada di sekolah, di rumah, atau di tempat awam. Dengan menjadi remaja yang berdisiplin, mereka akan disenangi dan disayangi oleh masyarakat.

5 comments :

mIszcWeEt said...

Ni cikgu talhah dari SEKOLAH SK SEKSYEN 27 2 ye

TM said...

Ya saya

Unknown said...

Assalamualaikum cg talhah nnti kata sekolah sya nk tyn tauπŸ˜“

Unknown said...

Yg tadi tu slh tau πŸ˜“

Anonymous said...

Hi cikgu saya dari sks272