Wednesday, September 2, 2020

Pendidikan Kesihatan Tahun 4 - Pemakanan Sihat

 Pemakanan Sihat

1.

Amalan pemakanan seimbang ialah kunci kesihatan dan kesejahteraan diri.

 

Adalah penting bagi kita untuk mengambil makanan daripada semua aras dalam piramid makanan Malaysia. Setiap aras mempunyai jenis makanan dan fungsi yang berbeza.

2.

Aras makanan seimbang

 

Aras 1

Karbohidrat

 

 

-

Sumber tenaga utama.

 

 

-

Perlu diambil secukupnya.

 

 

-

Memberikan tenaga.

 

 

-

Antara contoh makanan termasuklah nasi, roti, jagung, keledek, kentang, oat, barli, tosai, capati, mi dan biskut

 

Aras 2

Vitamin dan Mineral

 

 

-

Sumber serat, vitamin dan mineral.

 

 

-

Perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.

 

 

-

Membantu dalam penghadaman, perjalananfungsi organ yang sempurna dan meningkatkan pertahanan badan.

 

 

-

Antara contoh makanan termasuklah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

 

Aras 3

Protein

 

 

-

Perlu diambil dalam kuantiti sederhana.

 

 

-

Membantu dalam proses tumbesaran seseorang.

 

 

-

Antara contoh makanan termasuklah ikan, daging, susu dan keju.

 

Aras 4

Lemak, Minyak, Gula dan Garam

 

 

-

Sumber tenaga dan nutrien

 

 

-

Perlu diambil dalam kualiti yang sedikit.

 

 

-

Membekalkan badan dengan tenaga dan juga sebagai penebat haba.

 

 

-

Antara contoh makanan termasuklah garam, gula dan minyak masak.