Wednesday, September 22, 2021

SEJARAH TAHUN 4 | UNIT 10 | TUN PERAK BENDAHARA TERBILANG – BAHAGIAN 1


  TUGASAN MINGGU 31 Screenshot-2021-09-22-11-13-20 Screenshot-2021-09-22-11-14-10 

 

Kegemilangan kerajaan kesultanan Melayu Melaka, banyak dibantu oleh peranan yang dimainkan oleh para pembesarnya yang bijaksana dan berwawasan.

Salah seorang daripada tokoh terbilang dalam kesultanan Melayu Melaka ialah bendahara Tun Perak atau lebih dikenali sebagai Bendahara Paduka Raja.


Bendahara Tun Perak telah memainkan peranan yang sangat besar dalam segenap perkara sehingga membawa Melaka ke arah kecemerlangan yang tiada tandingnya.

Dalam pembelajaran kali ini kita akan belajar untuk mengenali siapakah dia Tun Perak dan apakah yang peranan yang dimainkan oleh Tun Perak pada zaman tersebut.

Tun Perak merupakan anak kepada bendahara Melaka sebelumnya iaitu Tun Perpatih Serdang yang juga dikenali sebagai Bendahara Seri Wak Raja.

Sebelum itu, Tun Perak telah dilantik menjadi penghulu di daerah Klang,
sebuah kawasan dalam jajahan Melaka.

Kehebatan dan kepimpinan Tun Perak ketika menjadi penghulu di Klang telah menyebabkan Sultan Melaka meminta bantuan daripada Tun Perak untuk menghadapi ancaman tentera Siam yang cuba menyerang Melaka.

Atas kebijaksanaan yang dimainkan oleh Tun Perak tentera Siam tidak berjaya menyerang negeri Melaka.

Semenjak itu Tun Perak telah diberikan peranan yang cukup besar dalam pentadbiran Melaka sehinggalah dilantik oleh Sultan Muzaffar Shah menjadi menjadi bendahara Melaka dengan gelaran bendahara paduka raja.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai bendahara Tun Perak telah berkhidmat kepada empat orang sultan.

1. Sultan Muzaffar Shah.

2. Sultan Mansur Shah.

3. Sultan Alaudin riayat Shah.

4. Sultan Mahmud Shah

Tun Perak telah meninggal dunia semasa pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

Sebagai bendahara Tun Perak telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan perjalanan negeri Melaka.

Beliau telah dilantik menjadi ketua kepada semua pembesar di Melaka
Beliau akan menjalankan tugas apabila Sultan tiada dalam negara ataupun ketika sultan sedang gering.

Beliau bertindak mengikut arahan yang telah diarahkan oleh Sultan.

Bendahara Tun Perak juga perlu memastikan undang-undang terlaksana di Melaka iaitu hukum kanun Melaka dan undang-undang laut negeri Melaka.

Seterusnya bendahara Tun Perak juga menjadi penasihat kepada Sultan.
Beliau akan menasihati sultan dalam hal ehwal pentadbiran dan pemerintahan.Selain memerintah kerajaan mengikut ajaran Islam.

Bendahara Tun Perak juga akan berperanan sebagai ketua diplomat apabila terdapat wakil atau Utusan daripada kerajaan luar negara yang datang ke Melaka, antaranya termasuklah mengutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain seperti kerajaan Cina dan Siam.

Tun Perak juga menyambut kedatangan Utusan seperti Pasai dan Cina ke Melaka.
Bendahara Tun Perak juga berperanan sebagai panglima angkatan tentera.
Hal ini dapat dilihat apabila Tun Perak telah membantu Sultan Mansur Syah meluaskan empayar Kesultanan Melayu Melaka dengan menyerang negeri Pahang yang ketika itu berada di bawah penguasaan Siam dan membantu sultan pasai yang ketika itu menghadapi perang saudara.

Kebijaksanaan Tun Perak selaku bendahara yang peranannya sama seperti Perdana menteri pada hari ini telah menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang kecil menjadi sebuah kuasa empayar yang bukan sahaja menguasai Melaka tetapi sebahagian besar daripada keseluruhan alam Melayu

Wilayah Melaka berkembang meliputi keseluruhan semenanjung tanah Melayu sehingga ke Patani dan sebahagian besar kepulauan Sumatera di Indonesia. Hal ini dilihat kerana kebijaksanaan Tun Perak dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang pertahanan.

Dalam peristiwa ketiga Tun Perak membantu Sultan menghalang serangan Siam di Melaka. Tun Perak telah membuat helah dengan mengarahkan supaya obor api dipasang pada setiap pokok bakau di sepanjang pantai Melaka menyebabkan tentera Siam merasa keliru dan menganggap terlampau ramai tentera Melaka berkubu di Melaka. Semenjak itu tentera Siam tidak pernah berani menyerang Melaka kerana menyangka tentera Melaka terlampau ramai bilangannya.

Seterusnya dalam hubungan diplomatik dgn kerajaan lain Tun Perak telah memainkan peranan yang cukup besar terutama apabila mengutuskan dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan raja Siam hal ini kerana Tun Perak merasakan bahawa selagi Siam menjadi ancaman kepada Melaka, Melaka tidak akan maju.
Seterusnya Tun Perak juga merupakan seorang pembesar yang berpegang teguh dan taat kepada ajaran Islam.

Hal ini dapat dilihat apabila Tun Perak dan menggalakkan ulamak-ulamak datang ke Melaka terutama dari Arab untuk mengajar di Melaka tentang Islam.

Bendahara Melaka juga sering menasihati Sultan supaya memerintah mengikut ajaran agama Islam.

Selain itu juga Tun Perak seorang yang berjiwa besar dan sanggup mempertahankan kesultanan Melayu Melaka.

Perkara ini dapat dilihat dalam peristiwa apabila anak kepada Tun Perak iaitu Tun Besar mati dibunuh oleh Raja Muhammad yang ketika itu adalah Putera kepada Sultan Melaka
Walaupun pengikut Tun Perak merasa marah dan ingin menuntut bela tetapi Tun Perak telah menyatakan sesuatu yang sangat diingati hingga sekarang iaitu adat Melayu tidak pernah derhaka akan tetapi bertuankan seseorang itu janganlah

hal ini menunjukkan bahawa apabila raja melakukan satu kesalahan bukan sifat orang Melayu untuk menentang raja Peristiwa itu telah menjadi pengajaran kepada Sultan Melaka dan raja Muhammad telah dihantar keluar daripada negeri Melaka.

Sifat-sifat yang ada dalam diri Tun Perak iaitu berjiwa besar, berkepimpinan, berwawasan, berpandangan jauh dan pintar telah menjadikan Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang tiada tandingannya pada waktu itu.

No comments :