Wednesday, September 29, 2021

SEJARAH TAHUN 4 | UNIT 10 | TUN PERAK BENDAHARA TERBILANG – BAHAGIAN 2



TUGASAN SEJARAH MINGGU KE-32 temp-File-For-Share-20210929-113358

Peranan Tun Perak dalam membangunkan kesultanan Melayu Melaka (Buku Aktiviti)

1. Mempertahan kesultanan Melayu Melaka daripada serangan Siam atau musuh.

2. Memperluas empayar kesultanan Melayu Melaka.

3. Menjadi penasihat kepada Sultan Melaka.

4. Menjalankan tugas tugas pentadbiran atas arahan Sultan Melaka.

5. Membangun dan mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan.

6. Menjalinkan hubungan antarabangsa.

7. Mencadangkan pengganti Sultan Melaka.

8. Mengembangkan agama Islam.

 

Lampiran B6-89

Ketua Pembesar

(a) Melaksanakan tugas Sultan ketika Sultan gering.

(b) Melaksanakan tugas pentadbiran atas arahan Sultan.

(c)Memastikan undang-undang Melaka dipatuhi oleh semua rakyat Melaka.

 

Penasihat Sultan

(a) Menjadi penasihat sultan dalam urusan hal ehwal kerajaan.

(b) Menasihati Sultan tentang pemerintahan mengikut ajaran Islam.

 

Ketua Diplomat

(a) Menguruskan perkara berkaitan urusan diplomatik dengan kerajaan lain.

(b) Menyambut kedatangan rombongan utusan dari kerajaan luar.

(c)  Menghantar delegasi persahabatan Melaka ke Siam.

 

Panglima Tentera

(a) Membantu usaha Sultan Melaka meluaskan empayar Melaka.

(b) Mencapai kejayaan mengalahkan tentera Pahang yang berada di bawah penguasaan Siam.

(c) Membantu Sultan pasai menghadapi perang saudara.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………..

Kebijaksanaan Tun Perak (Buku Teks)

 

Pendahuluan

1. Kebijaksanaan Tun Perak telah menyumbang kepada kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.

2. Kebijaksanaan beliau dapat dilihat dalam bidang pentadbiran, pertahanan, diplomatik, pengembangan agama Islam dan mempertahankan kesultanan Melayu Melaka.

 

A) Pentadbiran

1. Tun Perak berjaya mewujudkan kerjasama yang erat antara Sultan dengan pembesar dalam pentadbiran.

2. Kerjasama ini berjaya meluaskan empayar Melaka meliputi tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan kepulauan Riau-Lingga.

 

B) Pertahanan

1. Tun Perak mengarahkan supaya jamur dipasang pada setiap pokok bakau di sepanjang pantai.

2. Tentera Siam membatalkan hasrat untuk menyerang Melaka.

3. Mereka menyangka ramai tentera Melaka telah bersiap sedia di sepanjang pantai tersebut.

 

C) Diplomatik

1. Tun Perak berjaya mengekalkan keamanan dan menjamin keselamatan Melaka daripada ancaman luar.

2. Tun Perak menulis surat kepada raja Siam untuk menjalinkan hubungan persahabatan.

3. Raja Siam menyambut baik hasrat tersebut.

 

D) Agama Islam

1. Tun Perak merupakan seorang pembesar yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

2. Tun Perak menggalakkan kedatangan ulama ke Melaka dan menasihati Sultan.

3. Tun Perak juga menasihati Sultan supaya memerintah kerajaan mengikut ajaran Islam.

 

E) Mempertahankan kesultanan Melayu Melaka

1. Kebijaksanaan Tun Perak terbukti apabila beliau mempertahankan kesultanan Melayu Melaka dalam peristiwa anaknya Tun besar dibunuh oleh raja Muhammad.

2. Tun Perak melarang pengikutnya menuntut bela sebaliknya meminta mereka supaya setia kepada Sultan Melaka.

 

Penutup

Kebijaksanaan Tun Perak dalam mentadbir, mempertahankan kerajaan dan membuat keputusan telah mendapat kepercayaan Sultan.

 

Lampiran B7-85

 

Situasi 1 - Tentera Siam melancarkan serangan pertama terhadap Melaka

Reaksi Tun Perak

(a) Mengarahkan Semua rakyat Melaka untuk menentang Siam

(b) Membawa ahli keluarga pengikutnya untuk bersama-sama menentang tentera Siam

(c) Berjaya membangkitkan semangat pengikutnya untuk berjuang bersungguh-sungguh, demi keselamatan ahli keluarga mereka

 

Situasi 2 - Tentera Siam melancarkan serangan kedua terhadap Melaka

Reaksi Tun Perak

(a) Mengarahkan seorang pemuda yang gila-gila bahasa untuk melihat kekuatan tentera Siam

(b) Mengarahkan pengikutnya untuk mengikat jamung di sepanjang pantai Melaka.

(c) Pemuda tersebut berjaya melanggar dan menterbalikkan sampan tentera Siam.

(d) Berjaya mengelirukan tentera siam yang tiba pada waktu malam.

 

 

 

Lampiran B8-89

1. Tun Perak berjaya meluaskan empayar Melaka meliputi tanah Melayu pantai timur Sumatera dan kepulauan Riau Lingga

2. Tun Perak juga mengarahkan tenteranya supaya mengikat jamung pada setiap pokok bakau di sepanjang pantai

3. Tindakan ini dilakukan oleh Tun Perak untuk mengelirukan tentera Siam dan membatalkan serangan ke atas Melaka.

4. Tindakan Tun Perak mengutus surat kepada raja Siam bertujuan menjalinkan hubungan persahabatan.

5. Tun Perak melarang pengikutnya menuntut bela atas peristiwa pembunuhan anaknya, Tun besar demi mempertahankan kesultanan Melayu Melaka.

 

No comments :