Friday, October 1, 2021

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 | UNIT 13 | BERSEDERHANA AMALAN KELUARGA - BAHAGIAN 2



TUGASAN MINGGU KE-32 Tugasan-Minggu-32-Buku-Aktiviti-ms70-bhgn-B

Teks 90 & 91

 

Standard Pembelajaran

13.2 - Menghuraikan cara bersikap sederhana dalam keluarga.

Cara Bersikap Sederhana dalam Keluarga

13.3 - Menjelaskan kebaikan bersikap sederhana dalam keluarga.

 

Tugasan Minggu 32

Buku Aktiviti m/s 70 bahagian B sahaja

 

Maksud kesederhanaan ialah bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

 

Berikut ialah contoh perlakuan sederhana di rumah

1. berjimat cermat menggunakan wang saku.

2. Tidak membazir air dan elektrik.

3. Mengamalkan pemakanan yang seimbang.

4. Tidak sombong dan bergaul mesra dengan ahli keluarga.

5. Bijak membahagikan masa.

6. Berpakaian sopan.

 

Seterusnya berikut adalah kebaikan bersifat sederhana dalam keluarga

1. Dapat menjimatkan wang

2. Mengelakkan pembaziran

3. Disenangi ahli keluarga

4. Badan sihat dan cergas

5. Menjadi anak yang disayangi ahli keluarga.

No comments :