Tuesday, October 19, 2021

SEJARAH TAHUN 4 | UNIT 11 | HANG TUAH LAKSAMANA TERBILANG – BAHAGIAN 2

bahan

 

Standard Pembelajaran

5.4.2 - Menjelaskan kualiti diri Hang Tuah sebagai laksamana Melaka.

 

Glosari istilah

1. Amuk - melakukan keganasan terhadap orang lain.

2. Bahtera - alat pengangkutan tradisional.

3. Bendang - tanah untuk aktiviti penanaman padi.

4. Dedikasi - mengabdikan diri dan masa sepenuhnya kepada kerjaya harian.

5. Durjana - perangai jahat atau derhaka kepada negara.

6. Fitnah - tuduhan untuk tujuan memburukkan orang lain.

7. Jujur - lurus hati , tulus dan ikhlas.

8. Maharaja - raja yang memerintah kawasan yang luas.

9. Pendekar - pahlawan atau hulubalang yang memiliki ilmu mempertahankan diri.

10. Persilatan - berkait dengan silat, iaitu ilmu mempertahankan diri.

 

Kualiti Diri

 

1. Bertanggungjawab

- Menjaga nama baik Melaka semasa menjadi utusan ke China, India dan Turki.

- Nilai ini membolehkan beliau memikul tanggungjawab menjaga keselamatan perairan Melaka agar dapat menjadi pusat perdagangan antarabangsa.

- Pengawal peribadi Sultan mengiringi baginda semasa lawatan ke Majapahit.

 

2. Bijaksana

- Menguasai 12 bahasa untuk memudahkan pelaksanaan tugas rasmi.

- Kejayaan menumpaskan taming sari dalam pertarungan.

 

3. Taat setia

- beliau amat taat dan setia kepada Sultan Melaka.

- melaksanakan segala perintah Sultan dengan jayanya.

Kisah Puteri Gunung Ledang termaktub dalam dua buku lama, iaitu "Hikayat Hang Tuah" dan "Sulalatus Salatin". Sulalatus Salatin lebih dikenali sebagai "Sejarah Melayu". Buku Sejarah Melayu adalah lebih lama berbanding Hikayat Hang Tuah. Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang.

Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai Nenek Kebayan yang sebenarnya samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tidak mampu ditunaikan, iaitu:

Karya agung Sulalatus al-Salatin oleh Tun Sri Lanang mengisahkan tentang kesanggupan Sultan Mahmud menunaikan semua syarat itu dengan berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang setelah kemangkatan isterinya:

(...Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya, “…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….” ).

 

 

4. Berani

- Berjaya menyelamatkan bendahara Tun Perak daripada peristiwa orang mengamuk.

- Menewaskan orang upahan Majapahit yang dihantar oleh patih Gajah mada.

   Patih Gajah Mada mengupah 70 orang untuk mengamuk di pasar dengan merampas harta benda dan membunuh sesiapa sahaja. Untuk menghapuskan orang mengamuk itu, Betara Majapahit berpura-pura meminta bantuan Raja Melaka. Hang Tuah bersama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah dapat membunuh orang-orang mengamuk itu. Kejadian ini telah menyebabkan Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit mendapat malu dengan perbuatan mereka sendiri.

 

 

5. Jujur dan amanah

- menjalankan segala tugas yang diberi dengan jujur demi kesejahteraan Melaka.

- Sikap ini membolehkan beliau menyumbangkan bakti dengan jujur dan amanah demi kesejahteraan Melaka.

 

 

6. Berkemahiran dalam ilmu persilatan

- Beliau seorang yang arif dalam ilmu persilatan.

- Beliau mempelajari ilmu tersebut daripada gurunya yang bernama Aria Putera di gunung ledang

Diceritakan juga tentang Hang Tuah pernah berguru di Bukit Panchalusa dengan Aria Putera (sumber lain menyebut Adi Putera di Gunung Ledang).

Apabila mengikuti rombongan Melaka ke Majapahit meminang puteri raja sana diambil peluang pula berguru dengan Sang Persata Nala, kekanda kepada Aria Putera.

Di Gunung Wirana Pura

 

 

 

No comments :