Friday, October 22, 2021

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 | UNIT 14 | TOLERANSI SESAMA AHLI KELUARGA - BAHAGIAN 2



TUGASAN
Cam-Scanner-10-22-2021-04-31-3

 

Standard Pembelajaran

14.3 - menghuraikan manfaat bertoleransi terhadap ahli keluarga.

14.4 - melahirkan perasaan apabila dapat bertoleransi terhadap ahli keluarga.

 

Kepentingan bersikap toleransi terhadap ahli keluarga

1. Meningkatkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga.

2. Dapat mewujudkan sikap sabar dalam ahli keluarga.

3. Mengelakkan berlakunya pergaduhan sesama ahli keluarga.

4. Memupuk sikap bertimbang rasa sesama ahli keluarga.

 

1. Hubungan dengan ahli keluarga semakin rapat.

2. Dapat mengelakkan pergaduhan antara ahli keluarga.

3. Dapat memupuk sikap sabar antara ahli keluarga.

4. Keluarga hidup aman damai.

 

Perasaan

 

Aktiviti 1

1. Saya dan kakak tidak berbuat bising semasa adik sedang tidur. (Gembira)

2. Saya akan berkongsi barang mainan dengan sepupu sekiranya mereka datang ke rumah saya. (Gembira)

3. Saya telah memaafkan adik apabila dia telah menghilangkan buku cerita kesayangan saya. (Puas hati)

4. Saya telah membenarkan sepupu saya menggunakan basikal saya untuk pergi ke Padang permainan. (Bangga)

5. Saya duduk di tempat duduk belakang kereta kerana ada yang tak duduk di hadapan untuk melihat pemandangan. (Gembira)

 

Aktiviti 2

1. Kita pasti berasa gembira apabila ahli keluarga saling bertolak ansur.

2. Sikap toleransi dapat melahirkan rasa puas hati dalam kalangan ahli keluarga.

3. Kita akan berasa bangga apabila dapat bertoleransi dengan ahli keluarga.

4. Seluruh keluarga pasti berasa seronok dan bahagia apabila sentiasa bertoleransi.

5. Sikap bertoleransi dapat melahirkan keluarga yang bahagia.

No comments :