Wednesday, October 27, 2021

SEJARAH TAHUN 4 | UNIT 11 | HANG TUAH LAKSAMANA TERBILANG – BAHAGIAN 3



teks-sejarah-minggu-36

TUGASAN MINGGU 36
Tugasan-Sejarah-Minggu-36

Standard Pembelajaran

5.4.3 - Menganalisis peranan Hang Tuah sebagai laksamana Melaka.

K5.4.4 - Mencontohi kesetiaan Hang Tuah sebagai laksamana Melaka.

 

Aktiviti 1

Tandakan bagi penyataan yang menjelaskan peranan Hang Tuah sebagai laksamana Melaka.

1. Mengiringi sultan semasa rombongan rasmi ke luar negara.

2. Mengetuai rombongan Melaka ke China.

3. Menguruskan hal-hal perbendaharaan.

4. Menjaga keselamatan sultan.

5. Menasihati sultan tentang hal-hal pentadbiran.

6. Melindungi keselamatan perairan Melaka dan perdagang.

7. Menjadi pemangku sultan semasa sultan gering.

8. Mengetuai angkatan tentera laut.

9. Melaksanakan perintah sultan.

10. Menunjukkan taat setia kepada sultan.

11. Menentukan calon permaisuri untuk sultan.

12. Membantu kerajaan Melaka menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar.

 

Aktiviti 2

1. Hang Tuah mengutamakan kehendak sultan.

2. Hang Tuah berusaha menggagalkan percubaan membunuh Sultan Melaka.

3. Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat walaupun sahabat karibnya sendiri.

 

Kronologi peristiwa pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat

1. Kesetiaan Hang Tuah menyebabkan beliau amat disayangi oleh Sultan Melaka.

2. Hal ini menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan pembesar.

3. Mereka memfitnah Hang Tuah melakukan perbuatan sumbang dengan dayang istana.

4. Tanpa usul periksa, Sultan Melaka mengarahkan Bendahara untuk membunuh Hang Tuah.

5. Hang Jebat mahu menuntut bela atas kematian Hang Tuah.

6. Sultan Melaka diberi tahu bahawa Hang Tuah masih hidup.

7. Sultan Melaka menitahkan Hang Tuah supaya membunuh Hang Jebat.

8. Pertarungan hebat berlaku antara Hang Tuah dengan Hang Jebat.

9. Hang Jebat berjaya dibunuh oleh Hang Tuah.

 

Tindakkan Hang Tuah sebagai bukti kesetiaan terhadap Sultan Melaka

1. Mengutamakan kehendak Sultan.

2. Aku melaksanakan titah Sultan walaupun terpaksa menggadai nyawa.

3. Menggagalkan percubaan membunuh sultan.

4. Sanggup membunuh sahabat karib sendiri, iaitu Hang Jebat yang telah menderhaka kepada sultan.

 

 

No comments :