Wednesday, March 26, 2025

Sejarah Tahun 4 : Mengenali Sejarah

 

📚 Pengertian Sejarah:

  1. Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu.
  2. Peristiwa sejarah akan lebih mudah difahami jika kita tahu pengertiannya.
  3. Sejarah melibatkan tindakan manusia, perubahan dan catatan masa lalu.
  4. Sejarah memberi pengajaran dan teladan kepada manusia.

🧠 Pendapat Tokoh Tentang Sejarah:

  • Herodotus:
    Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.
  • Ibn Khaldun:
    Sejarah membicarakan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku.
  • E.H. Carr:
    Sejarah ialah satu proses interaksi antara masa kini dengan masa lampau.
  • Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim:
    Sejarah merujuk kepada peristiwa yang pernah atau sudah berlaku.
  • Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim:
    Sejarah ialah catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
  • Kamus Dewan:
    Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu.

 

1. Maksud Sumber Sejarah
Sumber sejarah memberikan maklumat yang tepat tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku.

2. Jenis Sumber Sejarah
Sumber sejarah terbahagi kepada dua:

  • a) Sumber Primer – Berada dalam bentuk asal dan belum diolah.
  • b) Sumber Sekunder – Penulisan yang dihasilkan daripada sumber asal.

3. Contoh Sumber Primer

  • Fosil – Tinggalan tumbuhan atau haiwan yang terawet.
  • Artifak – Hasil ciptaan manusia seperti alat batu, tembikar, senjata dan duit syiling.
  • Manuskrip – Hasil tulisan tangan, contohnya Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.
  • Dokumen Rasmi – Catatan tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku.

4. Contoh Sumber Sekunder

  • Buku – Contohnya buku teks Sejarah Tahun 4 (Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka).
  • Majalah – Contohnya Dewan Pelajar (Sumber: DBP Niaga.my).
  • Risalah – Contohnya risalah Ikrar Rukun Negara (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia).
  • Akhbar – Contohnya SKOR BH (Sumber: Malaysia Trades Union Database).

 

Tajuk: Kaedah Penyelidikan Sejarah

📌 Maksud Penyelidikan Sejarah
Penyelidikan sejarah ialah proses mengkaji peristiwa yang telah berlaku.

📌 3 Kaedah Penyelidikan Sejarah:

  1. Kaedah Arkeologi
    • Mendapatkan maklumat daripada tinggalan sejarah seperti fosil dan artifak.
    • Dilakukan melalui gali cari atau eks kavasi.
    • Arkeologi bawah air digunakan untuk kaji tinggalan di dasar laut.
  2. Kaedah Lisan
    • Mendapatkan maklumat sejarah melalui temu bual.
    • Orang yang ditemu bual dipanggil orang sumber.
    • Orang sumber ialah individu yang mengalami, melihat atau mendengar peristiwa sejarah.
  3. Kaedah Bertulis
    • Mendapatkan maklumat daripada tulisan dan lakaran.
    • Contoh: tulisan di dinding gua, kayu, batu dan bahan bercetak.

 

🕰 Ruang Masa Sejarah

  • SM (Sebelum Masihi): Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa.
  • M (Masihi): Zaman selepas kelahiran Nabi Isa.

📏 Unit Masa dalam Sejarah

  • Dekad: 10 tahun
  • Abad: 100 tahun
  • Alaf: 1000 tahun

📌 Kegunaan Ruang Masa dalam Sejarah

  • Membantu sejarawan menjalankan penyelidikan.
  • Memudahkan kita memahami dan menulis peristiwa sejarah secara lengkap dan tersusun.

🧭 Contoh Garis Masa
➡️ SM → M (1M → 10M → 100M → 1000M)

 

 

Sebab dan Akibat dalam Peristiwa Sejarah

  1. Setiap peristiwa sejarah mempunyai sebab dan akibatnya.
  2. Sesuatu peristiwa sejarah lebih mudah difahami apabila kita mengkaji sebab dan akibat.
  3. Sebab dan akibat menimbulkan perasaan ingin tahu tentang mengapa, bagaimana, dan kesan peristiwa tersebut.
  4. Peristiwa sejarah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran.

 

Contoh Sebab dan Akibat Peristiwa Sejarah:

  • Sambutan Hari Malaysia
    • Sebab: Memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia.
    • Akibat: Kita menghargai sejarah pembentukan negara dengan lebih mendalam.
  • Sambutan Sukan Tahunan Sekolah
    • Sebab: Memupuk minat bersukan dalam kalangan murid.
    • Akibat: Murid berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi acara sukan.
  • Pertandingan Pertunjukan Bakat Sekolah
    • Sebab: Bakat murid dapat dicungkil di peringkat sekolah.
    • Akibat: Murid berpeluang menonjolkan bakat mereka.

 

 

 

 

No comments :