Wednesday, March 26, 2025

Sejarah Tahun 4 : Saya dan Keluarga

Biodata Diri Saya

  • Biodata diri ialah maklumat tentang diri seperti nama, jantina, nama ibu bapa, tarikh lahir dan tempat kelahiran.
  • Maklumat diri boleh didapati daripada sijil kelahiran, MyKid dan kad pengenalan diri sekolah.
  • Sijil kelahiran dan MyKid boleh menjadi dokumen pengenalan diri dalam urusan rasmi.
  • Sijil kelahiran digunakan untuk mendaftar sekolah dan membuka akaun bank.

 

Terdapat dua jenis keluarga:

  1. Keluarga Asas
    • Terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak.
    • Saiz lebih kecil.
    • Perlu bertolak ansur antara satu sama lain.
  2. Keluarga Kembangan
    • Terdiri daripada keluarga asas, datuk dan nenek.
    • Saiz lebih besar.
    • Perlu amalkan adab dan panggilan sopan seperti Along dan Angah.

 

Perkembangan Diri Saya

Garis masa perkembangan diri:

  • 2015 – Ibu melahirkan saya.
  • 2017 – Ibu melahirkan adik lelaki.
  • 2018 – Ayah berpindah tempat kerja.
  • 2022 – Datuk dan nenek menunaikan haji.
  • 2025 – Saya belajar di Tahun 4.

 

  • Perkembangan diri boleh ditunjukkan melalui garis masa.
  • Garis masa penting untuk melihat sejarah hidup dan disimpan sebagai kenangan.

No comments :