Monday, April 7, 2025

Sejarah Tahun 4 : Sejarah Sekolah

Sekolah Saya

1. Nama dan Alamat Sekolah

  • Sekolah ialah tempat untuk menimba ilmu.

  • Setiap sekolah mempunyai nama tersendiri sebagai identiti.

  • Nama sekolah biasanya diambil sempena nama tempat, jalan atau tokoh terkenal.

  • Alamat sekolah perlu lengkap, termasuk nama tempat, nama jalan, poskod dan negeri.

  • Ada sekolah yang berkongsi alamat.

  • Terdapat dua jenis aliran sekolah:

    • Sekolah Kebangsaan (SK): Menggunakan Bahasa Melayu.

    • Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK): Menggunakan bahasa ibunda seperti Cina atau Tamil.


2. Lokasi Sekolah

  • Lokasi ialah kawasan bagi sesuatu tempat.

  • Sekolah mempunyai lokasi tersendiri yang ditunjukkan melalui pelan lokasi.

  • Lokasi sekolah mudah dicari jika ada:

    • Alamat lengkap

    • Mercu tanda berhampiran

    • Papan tanda arah

    • Teknologi seperti aplikasi peta

  • Mercu tanda ialah objek mudah dikenali seperti bangunan, pokok atau binaan.


3. Organisasi Sekolah

  • Sekolah mempunyai organisasi untuk mengurus pentadbiran dengan teratur.

  • Pengurusan yang baik membawa kecemerlangan kepada sekolah.

  • Organisasi sekolah terdiri daripada:

    • Guru Besar

    • Penolong Kanan Pentadbiran

    • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

    • Penolong Kanan Kokurikulum

  • Guru Besar ialah peneraju sekolah.

No comments :