Wahai Anak Remaja
1. |
Remaja ialah golongan dalam lingkungan umur 11 hingga 19 tahun. Mereka melalui peringkat perkembangan dari kanak-kanak ke dewasa. |
|
|
|
|
2. |
Remaja mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal, sosial dan emosi. Mereka perlu menyesuaikan diri dalam perhubungan dengan rakan dan masyarakat di sekeliling mereka. |
|
|
|
|
3. |
Peranan sebagai remaja dalam masyarakat |
|
|
a) |
Mengamalkan pergaulan sihat |
|
|
Remaja akan mengamalkan pergaulan sihat dengan rakan sebaya di sekolah. Mereka berkawan dengan murid-murid yang mempunyai sahsiah diri yang baik. |
|
b) |
Menjaga maruah diri |
|
|
Remaja akan menjaga maruah diri dengan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik. |
|
c) |
Memberi khidmat sosial |
|
|
Remaja akan memberikan khidmat sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contoh, remaja menjadi sukarelawan untuk membersihkan rumah orang-orang tua dan rumah anak yatim. |
|
d) |
Berakhlak mulia |
|
|
Remaja sentiasa bertutur dengan sopan dan menjaga tingkah laku dalam pergaulan. |
|
e) |
Menjaga kesihatan diri |
|
|
Remaja sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mengamalkan amalan kebersihan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh pelbagai penyakit. |
|
f) |
Mematuhi peraturan yang ditetapkan |
|
|
Remaja mematuhi peraturan yang ditetapkan sama ada di sekolah, di rumah, atau di tempat awam. Dengan menjadi remaja yang berdisiplin, mereka akan disenangi dan disayangi oleh masyarakat. |
5 comments :
Ni cikgu talhah dari SEKOLAH SK SEKSYEN 27 2 ye
Ya saya
Assalamualaikum cg talhah nnti kata sekolah sya nk tyn tauπ
Yg tadi tu slh tau π
Hi cikgu saya dari sks272
Post a Comment